Saturday, March 2, 2013

JENIS POTONGAN ASAS SAYURAN




Jenis Potongan

Ukuran

Huraian

Batonnet

6mm x 6mm x 60-75mm



Potongan batonnet berbentuk seperti potongan Julienne hanya  sedikit lebih lebar dan panjang. Potongan ini sesuai untuk sayur pengiring hidangan utama.

Julienne


3mm x 3mm x 60mm



             Potongan ini berbentuk jalur halus (kecil memanjang) seperti batang mancis. Potongan ini boleh digunakan untuk sayuran yang keras seperti lobak.
     Potongan seperti ini sesuai untuk di jadikan bahan salad dan bahan hiasan untuk sup.



Macedoine


6mm x 6mm x 6mm



             Potongan ini juga berbentuk dadu tapi memiliki ukuran yang   lebih besar dari brunoise. 
Biasanya untuk kacang buncis, lobak, kentang, dan buah seperti betik.



Brunoise


3mm x 3mm x 3mm



         Potongan ini berbentuk seperti dadu yang sangat kecil.  Potongan ini sesuai untuk 
dijadikan hiasan salad, sup dan hidangan utama.

Paysanne

12mm x 12mm x 3mm



Potongan ini berbentuk seperti layang-layang. Potongan ini selalu digunakan sebagai bahan salad atau sup. Sebagai conton sup minestrone.




Jardiniere


6mm x 6mm x 20mm




      Potongan berbentuk kiub dengan ukuran 6mm x 6mm x  20mm. Sesuai untuk digunakan untuk sup, stuffing dan pengiring hidangan utama.





Tourne / 
Chateau


50mm x 20mm (7 side)



Potongan ini berbentuk oblong. Sesuai untuk kentang dan lobak merah. Anggaran panjang  50mm. Potong dan bentukkan kepada 7 bahagian di sekelilingnya.




Mirepoix


Tidak memiliki 
ukuran yang tetap



Potongan kasar dan biasanya potongan ini digunakan pada mirepoix (campuran sayu-sayuran seperti lobak merah, seleri, bawang, kentang dan sebagainya). Digunakan untuk membuat stok (white/brown), sup dan membakar.

3 comments:

  1. terima kasih puan syuhada kerana ia dpt membantu saya menyelesaikan assigment saya....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Terima kasih buat blog ni. Sgt membantu saya nak siapkan buku log resepi utk asaimen haha :D

    ReplyDelete