Hidangan sepinggan lengkap ialah satu
hidangan seimbang yang mengandungi semua jenis nutrien yang diperlukan oleh
tubuh badan manusia. Nutrien-nutrein seperti karbohidrat, protein,
lemak, vitamin dan garam meniral semuanya boleh didapati dalam satu hidangan
dengan kadar yang berpatutan.
Hidangan sepinggan lengkap berpandukan piramid makanan |
Piramid
makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di
bahagian paling bawah dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di
bahagian paling atas. Piramid Makanan mengandungi makanan yang dibahagikan
kepada lima kumpulan berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya.
ARAS 1-Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian
Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah roti, pasta, bijirin sarapan, nasi, bubur, mi, mihun, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.
ARAS 2-Sayur-sayuran dan Buah-buahan
Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu dimakan dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.
ARAS 3-Daging, Ayam, Ikan, Kekacang dan Hasil Tenusu
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang panggang, kacang soya dan hasilnya seperti tauhu dan tempe, kacang dhal dan kacang merah.
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu,
keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya
dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.
ARAS 4-Lemak, Minyak dan Gula
Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.
huhuhu... makan jgn x makan... tp ingat2... ambil makanan yg seimbang ye..!!! |
Hidangan sepinggan lengkap boleh dijadikan hidangan utama atau hidangan sampingan. Antara contoh hidangan sepinggan lengkap adalah:
·
Burger
·
Makaroni
·
Pizza
·
Sandwich
·
Chicken Chop
·
Stik Daging Lembu
Contoh Hidangan Sepinggan Lengkap
Terdapat banyak kelebihan menyediakan hidangan sepinggan lengkap seperti:
· badan memperolehi khasiat yang mencukupi
· proses menyedia dan memasak lebih mudah
· menjimatkan masa dan tenaga
· boleh dihidang secara peranggu meja atau dipek
huhh... senang jer... hehe.. renung2kan & selamat beramal |
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN
ReplyDelete