Friday, April 19, 2013

MAIN COURSE CHICKEN

ok bahan dah ad...nilah resipinya....hehehehe....sory last2 enti baru masukkan .....biaselah nak masak ni, kita kene ada plan, pastu bahan-bahan cukup dan resepi...baru boleh masak...( tp xpe yg dah mahir, xde resepi dah boleh masak) heheh...JOM KITA MASAK.!!!

Citrus Chicken served with Orange Butter Sauce accompanied with French Fries and Sauted Broccoli and Carrot.


Citrus Chicken

Porsi : 2 orang
              Bahan diperlukan                                                              Alatan di perlukan
2
ketul
dada ayam
mangkuk
2
ulas
bawang putih
mangkuk
3
tbsp
orange marmalade     
mangkuk
20
gram
butter  
mangkuk
1
tsp
orange zest
mangkuk
-
secukupnya
garam dan lada sulah
mangkuk

Langkah penyediaan

1.      Panaskan oven 180 C. Perap ayam dengan garam dan lada sulah.
2.    Kacau sebati bawang putih, orange marmalade, mentega dan orange zest di dalam satu bekas. Lumurkan di atas ayam dan bakar sehingga masak.

Cadangan dan penambahbaikan:
      ·         Perapkan dahulu ayam yang telah dilumur dengan bahan perap selama 30 minit sebelum dibakar. Ianya bertujuan supaya rasa dapat diserap pada daging ayam tersebut.
      ·        Semasa membakar, sapukan sedikit sahaja mentega pada dulang pembakar kerana air ayam akan keluar dan mentega juga akan mencair yang boleh menyebabkan dulang pembakar dilimpahi dengan cecair.



Orange Butter Sauce

Porsi : 2 orang
           Bahan diperlukan                                                                 Alatan di perlukan
25
gram
butter  
mangkuk
1
cawan
jus oren
mangkuk
1
tsp
serbuk kulit kayu manis
mangkuk
-
secukup rasa
gula perang
mangkuk
1
helai
daun bay
mangkuk
-
secukup rasa
garam dan lada sulah
mangkuk

Langkah penyediaan
      1.      Masukkan jus oren, gula perang, garam dan serbuk kulit kayu manis ke dalam kuali serta didihkan  atas api sederhana..
       2.      Masukkan daun bay dan mentega. Masak sos sehingga pekat.
       3.      Perasakan.

Cadangan dan penambahbaikan:
      ·         Masukkan serbuk kulit kayu manis sedikit demi sedikit dan sesuaikan rasanya. Ini kerana jika terlebih masukkannya, rasa kulit kayu manis akan terlampau kuat dan menghilangkan rasa dan warna sos oren yang sepatutnya.
     ·         Jangan masak sos terlampau lama kerana boleh menyebabkan sos menjadi lebih gelap. Apabila sos sudah pekat, api boleh dipadamkan terus.


French Fries

Porsi : 2 orang
           Bahan diperlukan                                                                 Alatan di perlukan
4
biji
kentang
mangkuk
2
cawan
mayonis
mangkuk
1
tbsp
daun kucai (cincang)
mangkuk
-
secukupnya
garam dan lasa sulah
mangkuk

Langkah penyediaan
      1.      Potong kentang dalam bentuk jalur memanjang. Celur kentang yang telah dipotong.
       2.      Goreng kentang sehingga berwarna keperangan atau masak.
       3.      Gaul mayonis dan daun kucai sehingga sebati. Tuang di atas kentang. Perisakan.

Cadangan dan penambahbaikan:
     ·         Jangan potong kentang terlampau kecil kerana apabila digoreng saiz kentang akan menjadi kecut dan kecil sedikit berbanding sebelum digoreng.
     ·         Celur sekejap sahaja kentang supaya teksturnya tidak rosak dan lembek.
    ·         Untuk lebih sedap, tambahkan sedikit serbuk stok ayam sebelum kentang digoreng. Rasanya lebih sedap berbanding kentang yang tidak diperisakan dengan stok ayam.
     ·         Goreng kentang dengan api yang besar supaya tidak serap minyak.



Sauted Broccoli and Carrot

Porsi : 2 orang
              Bahan diperlukan                                                                 Alatan di perlukan
1
tbsp
butter
mangkuk
50
gram
broccoli
mangkuk
50
gram
lobak merah
mangkuk
-
secukupnya
garam dan lada sulah
mangkuk

Langkah penyediaan
     1.      Saute sayuran sehingga agak masak.
     2.      Perisakan dengan garam dan lada sulah jika perlu.

Gambar hidangan unit kami
Citrus Chicken served with Orange Butter Sauce accompanied with French Fries and  
Sauted Broccoli and Carrot
Kami juga nak kongsikan beberarapa keping gambar hidangan Main Course Chicken yang unit lain masak.

Stuffed Chicken served with Spinach Cream Sauce accompanied with Baked Jacket Potato and 
Sauted Broccoli and Carrot

Chicken Cordon Bleu served with Mushroom Sauce accompanied with Cream of Spinach and 
Parsley Potato

Spicy Roasted Chicken served with Two Combination of Sauce accompanied with Mashed 
Potato and Chef Selected Vegetables

Alhamdulillah...selesai sudah apa yang ingin dikongsikan kepada kamu semua. Diharap pengkosian ilmu ini dapat manfaat kepada orang lain dan diri kami juga. Semoga ketemu lagi di lain  waktu dengan menu-menu yang lain pula.SELAMAT MENCUBA...!!!


No comments:

Post a Comment