1. Air untuk merebus
Air perlulah banyak dan jika pasta yang direbus adalah 500 gram
gunakan satu
liter air untuk merebus.
2. Gunakan periuk yang
dalam dan besar agar dapat memberi ruang kepada pasta
semasa merebus dan air
yang banyak pula dapat mengelakkan pasta daripada melekat.
3. Letak garam dalam
air rebusan untuk memberikan rasa masin pada pasta dan pasta
akan berasa lebih
enak dimakan bersama sos.
4. Sebelum merebus
pasta pastikan airnya mendidih kerana pasta yang dimasukkan ketika
air mendidih
akan menurunkan suhu air rebusan. Jadi untuk mengelakkan proses merebus
5. Semasa merebus pasta
biarkan pasta lembut seketika dan barulah dikacau untuk
meleraikan pasta yang
melekat dan supaya pasta masak sekata.
6. Jangan terlalu kerap
dan kuat mengacau kerana pasta akan patah dan putus.
Untuk mengelakkan pasta
daripada melekat, letakkan sedikit minyak zaitun atau
jagung semasa merebus
terutamanya pasta seperti spageti dan fetucine.
7. Selepas menapis
pasta gaulkan dengan sedikit minyak supaya pasta tidak mudah
kering dan
melekat.
8. Jangan campurkan
pasta yang berbeza saiz semasa merebus kerana tahap kemasakannya
tidak sama.
9. Pasta yang direbus
perlu dimasak sehingga mencapai tahap kemasakan al-dente iaitu
10. Jika ia direbus
terlalu lama pasta anda akan menjadi lembik.
11. Simpan air rebusan
untuk memanaskan pasta yang telah direbus sebelum anda
curahkan dengan sos
pasta yang panas.Ini pasti lebih menyelerakan kerana dimakan
ketika panas.
Taburkan atas pasta anda dengan keju parmesan bagi menyemarakkan lagi
selera
anda.
pasta perlu dimasak "al-dente" ( tidak
terlalu masak ) untuk menjamin kebaikannya. jika terlebih masak,
ia akan
memusnahkan khasiat pasta dan menyebabkan sumber karbohidrat ditukar ke bentuk
tenaga dengan lebih cepat.
cara
untuk menentukan pasta yang direbus sudah capai al-dente, langkah pertama ialah memutuskan pasta
tersebut. Kemudian lihat pada pasta yang sudah kembang dan
warnanya berubah menjadi kekuningan tetapi masih ada sedikit titik putih yang
sangat kecil yang belum kembang dan teksturnya kenyal sedikit. Tahap al-dente sangat penting bagi
memastikan pasta yang dihasilkan tidak terlampau masak (over cook) dan sedap
untuk dinikmati bersama-sama sos
Salam
ReplyDelete