Monday, April 15, 2013

PETUA / TIPS MEMASAK PASTA


1. Air untuk merebus Air perlulah banyak dan jika pasta yang direbus adalah 500 gram 
gunakan satu liter air untuk merebus.

2. Gunakan periuk yang dalam dan besar agar dapat memberi ruang kepada pasta 
semasa merebus dan air yang banyak pula dapat mengelakkan pasta daripada melekat.



3. Letak garam dalam air rebusan untuk memberikan rasa masin pada pasta dan pasta 
akan berasa lebih enak dimakan bersama sos.

4. Sebelum merebus pasta pastikan airnya mendidih kerana pasta yang dimasukkan ketika 
air mendidih akan menurunkan suhu air rebusan. Jadi untuk mengelakkan proses merebus 
terhenti terlalu lama air perlu dididihkan dahulu.


5. Semasa merebus pasta biarkan pasta lembut seketika dan barulah dikacau untuk 
meleraikan pasta yang melekat dan supaya pasta masak sekata.

6. Jangan terlalu kerap dan kuat mengacau kerana pasta akan patah dan putus. 
Untuk mengelakkan pasta daripada melekat, letakkan sedikit minyak zaitun atau
jagung semasa merebus terutamanya pasta seperti spageti dan fetucine.

7. Selepas menapis pasta gaulkan dengan sedikit minyak supaya pasta tidak mudah 
kering dan melekat.

8. Jangan campurkan pasta yang berbeza saiz semasa merebus kerana tahap kemasakannya
 tidak sama.

9. Pasta yang direbus perlu dimasak sehingga mencapai tahap kemasakan al-dente iaitu
 teksturnya masih kenyal apabila digigit.


10. Jika ia direbus terlalu lama pasta anda akan menjadi lembik.

11. Simpan air rebusan untuk memanaskan pasta yang telah direbus sebelum anda 
curahkan dengan sos pasta yang panas.Ini pasti lebih menyelerakan kerana dimakan 
ketika panas. Taburkan atas pasta anda dengan keju parmesan bagi menyemarakkan lagi 
selera anda.

APA ITU AL-DENTE????

pasta perlu dimasak "al-dente" ( tidak terlalu masak ) untuk menjamin kebaikannya. jika terlebih masak, 
ia akan memusnahkan khasiat pasta dan menyebabkan sumber karbohidrat ditukar ke bentuk 
tenaga dengan lebih cepat.

cara untuk menentukan pasta yang direbus sudah capai al-dente, langkah pertama ialah memutuskan pasta tersebut.  Kemudian   lihat pada pasta yang sudah kembang dan warnanya berubah menjadi kekuningan tetapi masih ada sedikit titik putih yang sangat kecil yang belum kembang dan teksturnya kenyal sedikit.  Tahap al-dente sangat penting bagi memastikan pasta yang dihasilkan tidak terlampau masak (over cook) dan sedap untuk  dinikmati bersama-sama sos 




1 comment: