Monday, April 22, 2013

Hidangan Sepinggan Lengkap



Hidangan sepinggan lengkap ialah satu hidangan seimbang yang mengandungi semua jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Nutrien-nutrein seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam meniral semuanya boleh didapati dalam satu hidangan dengan kadar yang berpatutan.

Hidangan sepinggan lengkap berpandukan piramid makanan 

Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian paling bawah dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. Piramid Makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya.

ARAS 1-
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah 
roti, pasta, bijirin sarapan, nasi, bubur, mi, mihun, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.


ARAS 2-
Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu dimakan dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.


ARAS 3-
Daging, Ayam, Ikan, Kekacang dan Hasil Tenusu

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang panggang, kacang soya dan hasilnya seperti tauhu dan tempe, kacang dhal dan kacang merah.

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.
 

ARAS 4-
Lemak, Minyak dan Gula

Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

huhuhu... makan jgn x makan... tp ingat2... ambil makanan yg seimbang  ye..!!!

Hidangan sepinggan lengkap boleh dijadikan hidangan utama atau hidangan sampingan. Antara contoh hidangan sepinggan lengkap adalah:

·        Burger
·        Makaroni
·        Pizza
·        Sandwich
·        Chicken Chop
·        Stik Daging Lembu

     

Contoh Hidangan Sepinggan Lengkap 

Terdapat banyak kelebihan menyediakan hidangan sepinggan lengkap seperti:
·        badan memperolehi khasiat yang mencukupi
·        proses menyedia dan memasak lebih mudah
·        menjimatkan masa dan tenaga
·        boleh dihidang secara peranggu meja atau dipek


huhh... senang jer... hehe.. renung2kan & selamat beramal

1 comment: