Gula kastor (castor sugar)
|
Gula ini berwarna putih dan pilihan yang paling
ideal untuk membuat kek, biskut, pastri, roti dan lain-lain.
Butir-butir gula lebih halus dari gula halus (fine
granulated sugar) dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau
telur.
|
Gula aising
(icing sugar/confectioners sugar)
|
Gula ini adalah yang paling halus dalam kategori
gula putih. Ia bukan 100 peratus gula kerana telah dicampur dengan sedikit
tepung jagung.
Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada
digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang
lembut supaya mudah dipicit keluar.
Gula ini biasa digunakan untuk membuat aising
mentega dan membuat fondant atau pes gula (sugar paste).
|
Gula perang (brown sugar)
|
Terbahagi kepada dua jenis iaitu light dan dark
brown.
Biasanya warna yang lebih gelap mempunyai rasa
gula perang yang lebih kuat.
Gula perang ini selalunya kasar dan untuk
mempercepatkan proses sebatiannya dengan mentega, bolehlah dikisar terlebih
dahulu.
Gula perang ini selalunya digunakan untuk membuat
biskut seperti cip coklat, biskut halia, kek buah-buahan dan lain-lain yang
memerlukan rasa gula yang lebih kuat.
|
Gula pasir (coarse sugar)
|
Jenis ini adalah yang paling mudah didapati. Ia
berwarna putih dan butir-butir gula agak kasar.
Ia sesuai untuk kegunaan harian seperti membancuh
minuman dan membuat kuih-muih.
Jika hendak membuat gula hangus untuk puding atau
kek, cairkan gula pasir ini di atas api yang sederhana hingga gula cair dan
perang, kemudian baru dimasukkan air dan kacau hingga cair.
|
Gula halus (fine granulated sugar)
|
Gula halus jenis ini berwarna putih dan sesuai
untuk membuat kek kerana butir-butir gula yang halus mudah cair apabila
dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur.
|
Gelatin
|
Gelatin adalah sejenis protein lengkap yang
dihasilkan daripada sumber binatang iaitu daripada kulit atau sendi-sendinya.
Gelatin bersumber dari tulang haiwan yang diproses
dengan larutan kimia hingga larutan tersebut mengental dan mengandung
gelatin.
Gelatin juga boleh didapati daripada tumbuhan
tetapi dengan hanya kadar yang sedikit dan komersial.
Kegunaan:
·
Bahan pemantap:
Aiskrim, Gula Aising
·
Pengimulsi:
Agen
campuran bagi bahan berminyak dan
bahan berair.
·
Pemekat makanan:
Memekatkan
bahan perisa dalam sirap aiskrim.
·
Pengental:
Jeli,
Gula-Gula Julub, makanan berdaging.
·
Bahan penggebu:
Menggunakan
gelatin sebagai penggebu makanan.
|
Krim putar (whipping cream)
|
Terdapat 2 jenis krim putar iaitu:
·
Krim putar bukan
tenusu (Non dairy whipped cream / Whipped topping).
·
Krim putar tenusu (UHT
whipped cream).
Krim putar adalah krim yang diputar atau dipukul
sehingga gebu dan ringan.
Krim putar bukan tenusu dicipta khas bagi kegunaan
menghias kerana lebih stabil dan tahan jika berbanding dengan krim putar
tenusu.
Krim ini berwarna putih, ringan dan mudah
digunakan.
Selain berwarna putih dan juga boleh ditambah
perisa dan pewarna seperti yang kita kehendaki.
Diperbuat daripada lemak sayuran atau kelapa sawit
atau soya, pemanis, perasa dan penstabil.
Krim putar tenusu mengandungi 30% atau lebih lemak
mentega.
Apabila diputar dalam keadaan sejuk ia memerangkap
udara dan menjadikan ia dua kali ganda daripada isi padu asal. Namun apabila
ia terlebih pukul ia menjadi dua bahagian, mentega (mentega tulen tanpa
garam) dan buttermilk.
Krim putar tenusu sukar diuruskan dan tidak sesuai
untuk menghiaskan. Sebaik sahaja siap diputar ia perlu terus dihidangkan
sebelum ia kembali mencair.
Krim putar tenusu ini sering digunakan di dalam
masakan, dessert, chocolate, puding dan lain-lain.
|
Meringue
|
Campuran putih telur dan gula yang dipukul gebu.
Ia digunakan untuk menghasilkan kek yang gebu dan mulus.
Terdapat 3 jenis meringue iaitu:
1. French
Meringue:
Gula
putih halus dipukul ke dalam putih telur.
2. Italian
Meringue:
Guna
sirap gula mendidih dipukul ke dalam
putih telur.
3. Swiss
Meringue:
Putih telur dan gula dipukul bersama-sama
di atas haba.
Panduan hasilkan meringue yang sempurna:
·
Asingkan telur dengan
cermat. Pastikan tiada kuning telur langsung.
·
Telur mesti suhu
bilik.
·
Guna mangkuk adunan
yang bersih dan kering. Pastikan tiada kesan minyak. Guna mangkuk besi atau
kaca.
·
Buat meringue pada hari yang panas dan
kering.
·
Guna telur lama (3-5
hari). Meringue akan lebih mudah jadi kembang dan gebu.
|
KaMi cIkGu Kh
Sunday, May 19, 2013
TENTANG GULA, GELATIN, WHIPPING CREM DAN MERINGUE
Thursday, May 16, 2013
INFO DESSERT
Wahhhhh.....mau meleleh air liur tgk gambar kat ats ni kan..??? kann..??? kan...???? hehhehheeh...Opsss, lupe Assalamualaikum...kawan-kawan sumua...... Apa khabar?? haaa.....agak-agak apa lah yang kami nak kongsikan pada minggu ni yer....Errrmmmm.... mesti dah dapat agak ni. Tajuk pun dah ada kat atas tu kan.....hehehhe...Ok baiklah, pada minggu ini kami nak kogsikan kepada anda semua tentang DESSERT atau dalam bahasa melayunya dipanggil pencuci mulut. Untuk pengetahuan semua, dessert atau pencuci mulut merupakan hidangan yang perlu dihidangkan atau disediakan selepas
pelanggan menikmati hidangan berat. Ini kerana tanpa menghidangkan dessert,
sesuatu menu itu selalunya boleh dianggap kurang lengkap. Dessert merupakan
hidangan pencuci mulut yang terakhir selepas Appertizer / Pembuka
Selera, Soup / Sup dan Main Course / Hidangan Utama. Di
antara contoh dessert popular barat ialah:
Sweet
crust
: Apple Pie, Fruit Tartlet
Pastry
cream : Inti Tartlets
Kek : Pineapple Up Side Down, Span Kek, Black Forest Cake
Custard : Cream
Caramel
Pudding
: Pudding Jagung
Cookies : Biscuit
Chocolate Chips
Pastri
lapis
: Danish, Puff Pastry
Jenis-Jenis Dessert
Klasifikasi Dessert
A.
Fruits
B. Pudding : Pineapple Bavarois, Cornstarch Pudding.
C. Cake : Black Forest, Fruit Cake.
D. Choux paste : Éclair, Profitroll.
E. Pie : Fruit Pie, Hot Apple Pie.
F. Ice ceam : Coupe St Jaquese, Banana Split.
G. Mousses : Strawberry Mousses, Chocolate Mousses.
H. Crepes/pancake, Crepe suzette, Devil Pancake
DESSERT
Pavlova (Cold)
Bahan: Alatan:
2 biji Putih telur Ketuhar
100g Gula kastor Dulang
pembakar
1tsp Tepung jagung Kertas
minyak
1tsp Esen vanila Spatula
1tsp Cuka masakan Mesin
pengadun
100ml Krim putar
50g Strawberi
50g Kiwi
50g Mangga
½tsp Garam
Cara
penyediaan:
1. Panaskan
oven ke suhu 150°C. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak.
2. Putarkan
putih telur dan garam sehingga gebu. Tambahkan gula sedikit demi sedikit
ke
dalam adunan. Putar laju selama 3 minit atau sehingga adunan menjadi gebu
berkilat.
3. Tambahkan
tepung jagung, cuka masakan dan esen vanila. Putar sehingga kental. (meringue)
4. Gunakan
spatula untuk mengaup meringue dan masukkan ke dalam dulang pembakar.
5. Bakar
selama 1 jam pada suhu 120 °C. Pavloava seharusnya berasa kering rapuh
apabila
disentuh. Tutup api oven dan biarkan sejuk di dalam oven.
6. Putar
whipped cream sehingga kental. Letakkan atas pavlova dan hias dengan
buah-buahan.
Mango
Mousse (Cold)
Bahan: Alatan:
1 biji Mangga (dicencang halus) Pisau
½
biji Lemon (diambil
jus) Pemotong
kulit buah
1tsp Gelatin Jug
penyukat
½ cawan Gula aising (diayak) Pengisar
¼ cawan hot water Papan
lapis
300g krim putar
Air
Cara
penyediaan
1. Kisar
mangga bersama jus lemon dan aising sugar.
2. Larutkan
gelatin dalam air panas. Tuangkan ke dalam kisaran mangga dan kacau sebati.
3. Masukkan
whipped cream dan kacau sebati. Hidang dalam bekas yang sesuai.
Apple
Pie (Hot)
250g Tepung serbaguna Pencanai
100g Mentega Mangkuk
adunan
75g Gula
aising Pisau
1 biji Telur
Cara
Penyediaan Doh
2. Kemudian
masukkan telur dan gaul sehingga ia menjadi doh yang lembut.
Bahan
inti pai: Alatan:
2 biji Epal Kuali
100g Gula perang Sudip
kayu
1tbsp Gula kastor Pisau
½inci Kulit kayu manis
50ml Air
Cara
penyediaan inti pai
1. Potong
dadu epal dan masak bersama gula perang dan gula kastor.
2. Setelah
gula larut, masukkan kulit kayu manis dan gaul sehingga naik bau.
3. Apabila
epal hampir empuk, masukkan tepung jagung yang dicampur air agar inti
menjadi sedikit pekat.
menjadi sedikit pekat.
4. Biarkan
sejuk setelah inti masak.
Cara
penyediaan Pai
1. Giling
atau rolkan adunan doh tadi sehingga rata dan sama tebal.
2. Letakkan
inti yang telah dimasak tadi ke atas doh yang telah digiling.
3. Lipat
doh tersebut kepada dua bahagian dan potong bahagian doh yang berlebihan agar
pai kelihatan cantik dan kemas.
pai kelihatan cantik dan kemas.
4. Setelah
siap, sapukan telur ke atas permukaan kulit pai. Bakar selama 30-40 minit
dengan suhu 180 °C.
"SELAMAT MENCUBA"
Subscribe to:
Posts (Atom)