Assalamualaikum w.b.t....hai berjumpa lagi kita pada minggu ini seperti yang telah dijanjikan ....hehehehe. Kali ini kami nak berkogsikan satu hidangan yang " main course " nya berasaskan daripada ikan. Tapi sebelum itu, kami nak kogsikan dulu beberapa info kepada anda semua tentang ikan....
jom kita lihat..!!!! =)
IKAN adalah sumber pemakanan yang penting kepada manusia kerana mengandungi zat yang sangat banyak manfaafnya kepada kesihatan. ZAT daripada ikan merupakan bahan-bahan yang perlu oleh tubuh badan manusia dan juga dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit terutamanya penyakit jantung yang merupakan ibu segala penyakit.
Antara manfaatnya lagi ialah:
- mengandungi Omega-3 untuk proses perkembangan otak dan juga menguatkan sistem imun.
- mengandungi serat protein yang pendek sehingga mudah dicerna dan masa yang diambil untuk masak cepat.
- Zat besi yang mudah di serap oleh tubuh
- Vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah, membantu metabolisme lemak, dan melindungi jantung
- Vitamin D dalam daging dan minyak hati ikan untuk pertumbuhan dan kekuatan tulang
- Vitamin B6 untuk membantu metabolisme amino asid dan lemak serta mencegah penyakit anemia dan kerosakan saraf
Ikan boleh di klasifikasi kepada dua iaitu:
- Ikan Isi Putih
- Ikan Berminyak
- Teksturnya halus
- Sedikit atau tiada lemak tetapi minyaknya sangat berzat
- Lemaknya tersimpan di dalam hati
- Mudah untuk menjadi kering sekiranya terlebih masak (overcooked)
- Ia mudah dihadam dan sangat sesuai utk kanak-kanak.
- Contoh : Ikan siakap, ikan bawal putih, ikan parang, ikan senangin, ikan jelawat, ikan merah dan ikan kerisi.
- Lemaknya terdapat di seluruh isi ikan
- tidak mudah kering disebabkan lemak
- Warnanya gelap
- mengandungi asid lemak omega-3 dan vitamin serta nutrien lain yang baik
- Sukar dicerna
- Contoh: ikan salmon, ikan kembung, ikan sardin, ikan tuna segar, ikan tenggiri dan ikan bilis.
Kandungan Gizi Pelbagai Jenis Ikan Per 100 Gram
sumber daripada:
http://westerncuisine-kkkua.blogspot.com/2012/10/nota-fish.html
www.facebook.com/notes/did-you-know/kandungan-gizi-ikan/188824487865456
http://panitiaertsmkcs.blogspot.com/2012/02/pemilihan-penyimpanan-makanan-ikan-isi.html
http://id.wikipedia.org/wiki/Ikan