Showing posts with label Main Course Chicken. Show all posts
Showing posts with label Main Course Chicken. Show all posts

Friday, April 19, 2013

Assalamualaikum.....W.B.T

Dalam entri kali ini, kami nak berkongsikan kepada anda semua tentang apa yang telah kami pelajari dalam kelas Masakan Barat pada minggu ini. Untuk minggu ini kami dikehendaki menyediakan   hidangan yang diberi nama Citrus Chicken served with Orange Butter Sauce accompanied with French Fries and Sauted Broccoli and Carrot ....^_^...
panjang kan nak sebutnya...biaselah nama menu omputih ....gempak aje namenyer....he he he

 ok baiklah....TPPPPP....sebelum itu, kami nak tunjukkan kepada anda semua beberapa jenis potongan French Fries. Sebelum kita nak masak, kita pun kena ada planning, bukan nak kawin je kne ada wedding planning.....opppssss......kawin lagi...huhuhu...biaselah dah2 nak habis pengajian ni masing-masing duk sibuk cakap pasal nak kawin JERRRR....!!!!....huhuhu....

Perasan tak banyak jenis-jenis potongan kentang yang terdapat di pasaran??? mesti tak perasan nih...!! tau makan jer...hehehehe....

Ok jom kita lihat cara-cara potongan kentang...

Bil.
Nama
Bentuk

1.

 Shose String
     Bentuk yang agak panjang dan kadang-kadang melenkung apabila digoreng. Ianya seperti yang sering kita jumpai di McDonald's, Burger King ataupun KFC.




2.

Crinkle
                     Potongan bergelombang.




3.

Thick-Cut
                Kentang goreng dengan potongan yang agak tebal. 




4.

Curly
          Kentang yang dipotong keriting seperti pembuka gabus botol minuman.


5.

Waffle-Cut
            Kentang yang dipotong seperti acuan waffle.


6.

Potato Wedges
                  Kentang goreng dari kentang yang tidak dikupas dan dibelah-belah sahaja menjadi potongan yang tebal-tebal. 



OOooooo.....macam-macam jenis potongan ada.....daripada sebiji kentang yang sama macam-macam bentuk kita boleh buat untuk menarik minat penjamu selera.....

dannnn....untuk pengetahuan anda semua juga....

Di Perancis, potongan kentang goreng yang agak tebal disebut "pommes Pont-Neuf," sedangkan potongan kentang yang lebih langsing disebut "pommes allumettes" (kentang batang mancis). Kentang goreng yang panjang dan nipis disebut "pommes pailles" (kentang jerami), dan kentang seperti acuan weffle disebut "pommes gaufrette."

Lain tempat lain namanya juga....^_^

KENALI BAHAN-BAHAN

Ok....bila kita dah plan nk buat ap....Tp tengok la dulu bahan-bahan yang kita nak gunakan tu ada ataupun tidak...kan tak cukup bahan, tak jadi hidangan kita seperti yang sepatutnya....
Untuk hidangan kami pada minggu ini, bahan-bahan yang digunakan ialah :


Bahan-bahan

Citrus Chicken served

 Orange Butter Sauce 

French Fries

 Sauted Broccoli and Carrot 


Selain itu bahan-bahan yang mugkin tidak dikenali oleh kamu semua......

Orange Marmalade

jem oren 


Orange Zest

kulit buah oren yang disagat

ok dah cukup bahan.....boleh masak...!!!! eh eh eh......tp mane resepinya....
(@_@)

MAIN COURSE CHICKEN

ok bahan dah ad...nilah resipinya....hehehehe....sory last2 enti baru masukkan .....biaselah nak masak ni, kita kene ada plan, pastu bahan-bahan cukup dan resepi...baru boleh masak...( tp xpe yg dah mahir, xde resepi dah boleh masak) heheh...JOM KITA MASAK.!!!

Citrus Chicken served with Orange Butter Sauce accompanied with French Fries and Sauted Broccoli and Carrot.


Citrus Chicken

Porsi : 2 orang
              Bahan diperlukan                                                              Alatan di perlukan
2
ketul
dada ayam
mangkuk
2
ulas
bawang putih
mangkuk
3
tbsp
orange marmalade     
mangkuk
20
gram
butter  
mangkuk
1
tsp
orange zest
mangkuk
-
secukupnya
garam dan lada sulah
mangkuk

Langkah penyediaan

1.      Panaskan oven 180 C. Perap ayam dengan garam dan lada sulah.
2.    Kacau sebati bawang putih, orange marmalade, mentega dan orange zest di dalam satu bekas. Lumurkan di atas ayam dan bakar sehingga masak.

Cadangan dan penambahbaikan:
      ·         Perapkan dahulu ayam yang telah dilumur dengan bahan perap selama 30 minit sebelum dibakar. Ianya bertujuan supaya rasa dapat diserap pada daging ayam tersebut.
      ·        Semasa membakar, sapukan sedikit sahaja mentega pada dulang pembakar kerana air ayam akan keluar dan mentega juga akan mencair yang boleh menyebabkan dulang pembakar dilimpahi dengan cecair.



Orange Butter Sauce

Porsi : 2 orang
           Bahan diperlukan                                                                 Alatan di perlukan
25
gram
butter  
mangkuk
1
cawan
jus oren
mangkuk
1
tsp
serbuk kulit kayu manis
mangkuk
-
secukup rasa
gula perang
mangkuk
1
helai
daun bay
mangkuk
-
secukup rasa
garam dan lada sulah
mangkuk

Langkah penyediaan
      1.      Masukkan jus oren, gula perang, garam dan serbuk kulit kayu manis ke dalam kuali serta didihkan  atas api sederhana..
       2.      Masukkan daun bay dan mentega. Masak sos sehingga pekat.
       3.      Perasakan.

Cadangan dan penambahbaikan:
      ·         Masukkan serbuk kulit kayu manis sedikit demi sedikit dan sesuaikan rasanya. Ini kerana jika terlebih masukkannya, rasa kulit kayu manis akan terlampau kuat dan menghilangkan rasa dan warna sos oren yang sepatutnya.
     ·         Jangan masak sos terlampau lama kerana boleh menyebabkan sos menjadi lebih gelap. Apabila sos sudah pekat, api boleh dipadamkan terus.


French Fries

Porsi : 2 orang
           Bahan diperlukan                                                                 Alatan di perlukan
4
biji
kentang
mangkuk
2
cawan
mayonis
mangkuk
1
tbsp
daun kucai (cincang)
mangkuk
-
secukupnya
garam dan lasa sulah
mangkuk

Langkah penyediaan
      1.      Potong kentang dalam bentuk jalur memanjang. Celur kentang yang telah dipotong.
       2.      Goreng kentang sehingga berwarna keperangan atau masak.
       3.      Gaul mayonis dan daun kucai sehingga sebati. Tuang di atas kentang. Perisakan.

Cadangan dan penambahbaikan:
     ·         Jangan potong kentang terlampau kecil kerana apabila digoreng saiz kentang akan menjadi kecut dan kecil sedikit berbanding sebelum digoreng.
     ·         Celur sekejap sahaja kentang supaya teksturnya tidak rosak dan lembek.
    ·         Untuk lebih sedap, tambahkan sedikit serbuk stok ayam sebelum kentang digoreng. Rasanya lebih sedap berbanding kentang yang tidak diperisakan dengan stok ayam.
     ·         Goreng kentang dengan api yang besar supaya tidak serap minyak.



Sauted Broccoli and Carrot

Porsi : 2 orang
              Bahan diperlukan                                                                 Alatan di perlukan
1
tbsp
butter
mangkuk
50
gram
broccoli
mangkuk
50
gram
lobak merah
mangkuk
-
secukupnya
garam dan lada sulah
mangkuk

Langkah penyediaan
     1.      Saute sayuran sehingga agak masak.
     2.      Perisakan dengan garam dan lada sulah jika perlu.

Gambar hidangan unit kami
Citrus Chicken served with Orange Butter Sauce accompanied with French Fries and  
Sauted Broccoli and Carrot
Kami juga nak kongsikan beberarapa keping gambar hidangan Main Course Chicken yang unit lain masak.

Stuffed Chicken served with Spinach Cream Sauce accompanied with Baked Jacket Potato and 
Sauted Broccoli and Carrot

Chicken Cordon Bleu served with Mushroom Sauce accompanied with Cream of Spinach and 
Parsley Potato

Spicy Roasted Chicken served with Two Combination of Sauce accompanied with Mashed 
Potato and Chef Selected Vegetables

Alhamdulillah...selesai sudah apa yang ingin dikongsikan kepada kamu semua. Diharap pengkosian ilmu ini dapat manfaat kepada orang lain dan diri kami juga. Semoga ketemu lagi di lain  waktu dengan menu-menu yang lain pula.SELAMAT MENCUBA...!!!