Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

Monday, April 15, 2013

SEJARAH PASTA



Sejarah
Pasta. Setiap mendengar kata ini yang terbayang dalam pikiran kita adalah spaghetti, makaroni, fethucini dan pasta-pasta lainnya. Namun, tahukah kita apa itu pasta sebenarnya? Pasta adalah makanan tradisional Italia. Namanya juga diambil dari perkataan Itali iaitu 'Paste' dan ada disebut juga pastasciutta

Pembuatan Pasta


Pasta dibuat dari tepung semolina yang merupakan hasil gilingan biji gandum durum dicampur telur sehingga sedikit berwarna kuning cerah, dan bila dimasak dengan betul akan menghasilkan tekstur sedikit kenyal. Pasta buatan Amerika sering dibuat dari campuran tepung terigu Farina dan Semolina, sehingga mempunyai tekstur yang lebih lembut untuk dijadikan hidangan seperti kaserol.

Di Italia, pasta biasanya dijual di dalam kemasan dalam bentuk kering. Pasta kering dibuat di pabrik dengan menggunakan mesin ekstrusi yang mendorong keluar adunan pasta melalui lubang-lubang saringan. Bentuk-bentuk pasta yang lain diperoleh dengan menggiling adunan pasta menjadi lembaran yang kemudian dipotong-potong atau dicetak.

Pasta segar buatan sendiri dan restoran dibentuk dengan tangan beberapa saat sebelum pasta direbus. Pasta segar memerlukan waktu masak yang singkat, namun pasta segar tidak tahan lama disimpan kerana memiliki kadar air yang tinggi. Pasta kering bisa tahan lama disimpan hingga 3 tahun atau lebih kerana hanya memiliki kandungan air sebanyak 10%. Pasta yang sudah dimasak dan tinggal dipanaskan dengan oven microwave juga sering dijumpai di bahagian makanan beku di pasaraya.

Aslinya, pasta terbuat dari durum, atau tepung semolina yang dicampur dengan telur dan air, dibentuk menjadi mi dan dimasak menggunakan bumbu sos sebelum akhirnya dihidangkan untuk dinikmati.

Namun, di luar yang kita kenal, pasta ternyata banyak jenisnya. Tidak hanya bentuk dan ukuran, pasta juga dipilih berdasar bahan pembuatnya dan rasanya juga, ada pasta kering dan basah, serta segar. Semuanya punyai keunggulan masing-masing. Jika pasta kering lebih tahan lama, pasta basah atau segar lebih enak rasanya.

Ukuran
Ada ratusan ukuran dan bentuk pasta. Ada yang berbentuk panjang seperti yang kita ketahui, atau berbentuk makaroni, hingga seukuran beras. Beberapa jenis pasta juga diberi nama berdasar bentuknya. Pasta linguine, misalnya, merujuk pada bentuknya yang mirip lidah tapi kecil ukurannya; ouscous, adalah pasta yang dibuat mirip kita membuat cendol; dan gnocchi iaitu pasta yang terbuat dari kentang.

Rasa dan warna
Pasta juga dipilih berdasarkan warna dan rasa. Yang paling terkenal adalah pasta hijau, yang dibuat dengan mencampurkan ekstrak bayam, pasta merah dengan mencampur tomato dalam pembuatannya, dan pasta hitam yang dibuat dengan mencampurkan 'tinta' cumi-cumi. Ada juga pasta yang dibuat dengan mencampurkan jalapeno, paprika hijau khas Mexico hingga pasta jamur.

Bentuk dan perisanya
Pasta adalah makanan olahan daripada tepung gandum dan air. Telur, garam dan pati sayuran juga turut dimasukkan ke dalam adunan tepung pasta. Tepung ini akan dibentuk dengan pelbagai bentuk, maka timbullah nama seperti makaroni, angel hair, elbow, bow, spageti dan beratus-ratus lagi bentuk dan perisa.  

PETUA / TIPS MEMASAK PASTA


1. Air untuk merebus Air perlulah banyak dan jika pasta yang direbus adalah 500 gram 
gunakan satu liter air untuk merebus.

2. Gunakan periuk yang dalam dan besar agar dapat memberi ruang kepada pasta 
semasa merebus dan air yang banyak pula dapat mengelakkan pasta daripada melekat.



3. Letak garam dalam air rebusan untuk memberikan rasa masin pada pasta dan pasta 
akan berasa lebih enak dimakan bersama sos.

4. Sebelum merebus pasta pastikan airnya mendidih kerana pasta yang dimasukkan ketika 
air mendidih akan menurunkan suhu air rebusan. Jadi untuk mengelakkan proses merebus 
terhenti terlalu lama air perlu dididihkan dahulu.


5. Semasa merebus pasta biarkan pasta lembut seketika dan barulah dikacau untuk 
meleraikan pasta yang melekat dan supaya pasta masak sekata.

6. Jangan terlalu kerap dan kuat mengacau kerana pasta akan patah dan putus. 
Untuk mengelakkan pasta daripada melekat, letakkan sedikit minyak zaitun atau
jagung semasa merebus terutamanya pasta seperti spageti dan fetucine.

7. Selepas menapis pasta gaulkan dengan sedikit minyak supaya pasta tidak mudah 
kering dan melekat.

8. Jangan campurkan pasta yang berbeza saiz semasa merebus kerana tahap kemasakannya
 tidak sama.

9. Pasta yang direbus perlu dimasak sehingga mencapai tahap kemasakan al-dente iaitu
 teksturnya masih kenyal apabila digigit.


10. Jika ia direbus terlalu lama pasta anda akan menjadi lembik.

11. Simpan air rebusan untuk memanaskan pasta yang telah direbus sebelum anda 
curahkan dengan sos pasta yang panas.Ini pasti lebih menyelerakan kerana dimakan 
ketika panas. Taburkan atas pasta anda dengan keju parmesan bagi menyemarakkan lagi 
selera anda.

APA ITU AL-DENTE????

pasta perlu dimasak "al-dente" ( tidak terlalu masak ) untuk menjamin kebaikannya. jika terlebih masak, 
ia akan memusnahkan khasiat pasta dan menyebabkan sumber karbohidrat ditukar ke bentuk 
tenaga dengan lebih cepat.

cara untuk menentukan pasta yang direbus sudah capai al-dente, langkah pertama ialah memutuskan pasta tersebut.  Kemudian   lihat pada pasta yang sudah kembang dan warnanya berubah menjadi kekuningan tetapi masih ada sedikit titik putih yang sangat kecil yang belum kembang dan teksturnya kenyal sedikit.  Tahap al-dente sangat penting bagi memastikan pasta yang dihasilkan tidak terlampau masak (over cook) dan sedap untuk  dinikmati bersama-sama sos 




Sunday, April 14, 2013

Pasta


Assalamualaikum wbt...
&
salam sejahtera untuk semua...

Alhamdulillah.. bertemu kembali... huhhh seminggu bercuti di kampung halaman terasa sekejap saja... tup..tup terpaksa dah berpisah dengan keluarga tercinta... huhuhu ssdih.

Apa pun perjuangan yang tidak samapai sejengkal ini perlu diteruskan... hooreeyy2
in sha Allah penantian  4 tahun bakal berakhir... oopppppssssss

 hihihi !!!!! terlebih sudah

okeyyy laa jom kita tengok apa yang kami masak sebelum balik cuti tempoh hari...


wow apa nie....??????????

huhuhu...  tu la PASTA
kalau nak tau lebih lanjut boleh klik pada INFO PASTA k..

kat sini kami nak kongsikan resepi untuk menyediakan  pasta-pasta yang sedap besertakan cara-cara membuatnya... jom kita lihat satu persatu resepinya...



LASAGNE


Porsi : 2 orang
Bahan diperlukan                                                                                Alatan diperlukan
60 g
g
keju Ricotta
Mangkuk
10
g
keju Parmesan
Mangkuk
1
biji
telur
-
Secukup rasa
-
garam dan lada sulah
Sudu
1
kotak
pasta Lasagna
Mangkuk
400
g
sos Bolognaise
Mangkuk
60
g
keju Mozarella
Mangkuk
10
g
keju Parmesan
Mangkuk

Langkah Penyediaan:

  1. Didihkan air dan masukkan sedikit garam.
  2. Setelah mendidih, masukkan kepingan pasta dan rebus sehingga al-dente. Angkat  pasta dan bilas di dalam bekas berisi ais. Angkat dan toskan.
  3. Campurkan kesemua keju ricotta, parmesan dan telur. Perasakan dengan garam dan   lada sulah.
  4. Letakkan lapisan pertama kepingan pasta ke dalam loyang yang telah di glis minyak.
  5. Kemudian, lapis dengan sos Bolognaise untuk lapisan kedua. Letakkan kepingan pasta lagi untuk lapisan ketiga dan tuang campuran keju ricotta sebagai lapisan  keempat.
  6. Ulang langkah di atas sehingga semua bahan-bahan habis digunakan. Pastikan lapisan atas sekali adalah lapisan campuran keju ricotta. Taburkan keju mozzarella dan parmesan di bahagian atasnya.
  7. Bakar pada suhu 180-190ºC selama 45 minit. Tutup loyang menggunakan aluminium foil untuk mengelakkan bahagian atas daripada kering. Tetapi buka foil tersebut pada 15 minit terakhir untuk memerangkan lapisan atas lasagne.













































PASTA AGLIO OLIO


Porsi : 2 orang
Bahan diperlukan                                                                              Alatan diperlukan
300
g
spageti
Mangkuk
2-3
tbsp
olive oil
Mangkuk
2
ulas
bawang putih
Mangkuk
1
tsp
chilli flakes
Sudu
50
g
udang
Mangkuk
50
g
sotong
Mangkuk
50
g
kepah
Mangkuk
1
tsp
lada hitam
Sudu
½
kiub
pati ayam
Sudu
Secukup rasa
-
garam dan lada sulah
Sudu
20
g
daun parsli
Mangkuk

Langkah Penyediaan:

  1. Rebus spageti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.
  2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
  3. Masukkan oregano, parsli dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
  4. Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata.
  5. Siap untuk dihidangkan.












































CHICKEN HAM MUSHROOM MACARONI WITH CHEESE

Porsi : 2 orang
Bahan diperlukan                                                                              Alatan diperlukan
125
g
Makaroni
Mangkuk
15
g
Butter
Sudu
125
g
Susu segar
Cawan
125
g
Heavy cream
Cawan
2
tbsp
Keju parmesan
Mangkuk
4
biji
Cendawan butang
Mangkuk
30
g
Daun parsli
Mangkuk
Secukup rasa
-
Lada Sulah
Sudu
Secukup rasa
-
Garam
Sudu
10
g
Bawang Putih
Mangkuk

    Langkah Penyediaan:

          1.      Panaskan kuali dan masukkan butter. Saute bawang putih sehingga naik bau. 
                Masukkan cendawan butang dan saute sehingga sedikit kekuningan.
          2.      Masukkan sedikit susu segar dan juga heavy cream. Kacau secara perlahan-lahan
          3.      Masukkan keju parmesan dan kacau sehingga sedikit pekat.
          4.      Masukkan makaroni yang telah direbus ke dalam kuali. Kacau
          5.      Perasa dengan lada sulah dan sedikit garam.
          6.      Sedia untuk dihidangkan.





SOS BOLOGNAISE

 
Porsi : 2 orang
Bahan diperlukan                                                                                        Alatan diperlukan
25
g
mentega
Mangkuk
6
ulas
bawang putih
Mangkuk
1
biji
bawang Holland
Mangkuk
20
g
lobak merah
Mangkuk
20
g
seleri
Mangkuk
1
helai
daun bay
Mangkuk
200
g
daging lembu kisar
Mangkuk
2
biji
tomato concasse
Mangkuk
2
tbsp
tomato puri
Mangkuk
½
tbsp
oregano
Sudu
Secukup rasa
-
garam dan lada sulah
Sudu

Langkah Penyediaan:

      1.      Panaskan mentega di dalam periuk dan sauté bawang putih, daun bay dan mirepoix 
              sehingga perang.
      2.      Masukkan daging dan masak sehingga daging mulai perang.
      3.      Masukkan tomato concasse, tomato puri sehingga tomato hancur. Kecilkan api dan            
              reneh selama 10 minit sebelum dimasukkan oregano. Sesuaikan rasa.




yuuuuummmmmyyyyy2!!!!!!!!

fuh..!!!!! memang sedap...

apa pun selamat mencuba... x cuba rugi tau!!!