Showing posts with label Pengenalan. Show all posts
Showing posts with label Pengenalan. Show all posts

Monday, April 22, 2013

Hidangan Sepinggan Lengkap



Hidangan sepinggan lengkap ialah satu hidangan seimbang yang mengandungi semua jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Nutrien-nutrein seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam meniral semuanya boleh didapati dalam satu hidangan dengan kadar yang berpatutan.

Hidangan sepinggan lengkap berpandukan piramid makanan 

Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian paling bawah dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. Piramid Makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya.

ARAS 1-
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah 
roti, pasta, bijirin sarapan, nasi, bubur, mi, mihun, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.


ARAS 2-
Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu dimakan dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.


ARAS 3-
Daging, Ayam, Ikan, Kekacang dan Hasil Tenusu

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang panggang, kacang soya dan hasilnya seperti tauhu dan tempe, kacang dhal dan kacang merah.

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.
 

ARAS 4-
Lemak, Minyak dan Gula

Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

huhuhu... makan jgn x makan... tp ingat2... ambil makanan yg seimbang  ye..!!!

Hidangan sepinggan lengkap boleh dijadikan hidangan utama atau hidangan sampingan. Antara contoh hidangan sepinggan lengkap adalah:

·        Burger
·        Makaroni
·        Pizza
·        Sandwich
·        Chicken Chop
·        Stik Daging Lembu

     

Contoh Hidangan Sepinggan Lengkap 

Terdapat banyak kelebihan menyediakan hidangan sepinggan lengkap seperti:
·        badan memperolehi khasiat yang mencukupi
·        proses menyedia dan memasak lebih mudah
·        menjimatkan masa dan tenaga
·        boleh dihidang secara peranggu meja atau dipek


huhh... senang jer... hehe.. renung2kan & selamat beramal

Monday, April 15, 2013

SEJARAH PASTA



Sejarah
Pasta. Setiap mendengar kata ini yang terbayang dalam pikiran kita adalah spaghetti, makaroni, fethucini dan pasta-pasta lainnya. Namun, tahukah kita apa itu pasta sebenarnya? Pasta adalah makanan tradisional Italia. Namanya juga diambil dari perkataan Itali iaitu 'Paste' dan ada disebut juga pastasciutta

Pembuatan Pasta


Pasta dibuat dari tepung semolina yang merupakan hasil gilingan biji gandum durum dicampur telur sehingga sedikit berwarna kuning cerah, dan bila dimasak dengan betul akan menghasilkan tekstur sedikit kenyal. Pasta buatan Amerika sering dibuat dari campuran tepung terigu Farina dan Semolina, sehingga mempunyai tekstur yang lebih lembut untuk dijadikan hidangan seperti kaserol.

Di Italia, pasta biasanya dijual di dalam kemasan dalam bentuk kering. Pasta kering dibuat di pabrik dengan menggunakan mesin ekstrusi yang mendorong keluar adunan pasta melalui lubang-lubang saringan. Bentuk-bentuk pasta yang lain diperoleh dengan menggiling adunan pasta menjadi lembaran yang kemudian dipotong-potong atau dicetak.

Pasta segar buatan sendiri dan restoran dibentuk dengan tangan beberapa saat sebelum pasta direbus. Pasta segar memerlukan waktu masak yang singkat, namun pasta segar tidak tahan lama disimpan kerana memiliki kadar air yang tinggi. Pasta kering bisa tahan lama disimpan hingga 3 tahun atau lebih kerana hanya memiliki kandungan air sebanyak 10%. Pasta yang sudah dimasak dan tinggal dipanaskan dengan oven microwave juga sering dijumpai di bahagian makanan beku di pasaraya.

Aslinya, pasta terbuat dari durum, atau tepung semolina yang dicampur dengan telur dan air, dibentuk menjadi mi dan dimasak menggunakan bumbu sos sebelum akhirnya dihidangkan untuk dinikmati.

Namun, di luar yang kita kenal, pasta ternyata banyak jenisnya. Tidak hanya bentuk dan ukuran, pasta juga dipilih berdasar bahan pembuatnya dan rasanya juga, ada pasta kering dan basah, serta segar. Semuanya punyai keunggulan masing-masing. Jika pasta kering lebih tahan lama, pasta basah atau segar lebih enak rasanya.

Ukuran
Ada ratusan ukuran dan bentuk pasta. Ada yang berbentuk panjang seperti yang kita ketahui, atau berbentuk makaroni, hingga seukuran beras. Beberapa jenis pasta juga diberi nama berdasar bentuknya. Pasta linguine, misalnya, merujuk pada bentuknya yang mirip lidah tapi kecil ukurannya; ouscous, adalah pasta yang dibuat mirip kita membuat cendol; dan gnocchi iaitu pasta yang terbuat dari kentang.

Rasa dan warna
Pasta juga dipilih berdasarkan warna dan rasa. Yang paling terkenal adalah pasta hijau, yang dibuat dengan mencampurkan ekstrak bayam, pasta merah dengan mencampur tomato dalam pembuatannya, dan pasta hitam yang dibuat dengan mencampurkan 'tinta' cumi-cumi. Ada juga pasta yang dibuat dengan mencampurkan jalapeno, paprika hijau khas Mexico hingga pasta jamur.

Bentuk dan perisanya
Pasta adalah makanan olahan daripada tepung gandum dan air. Telur, garam dan pati sayuran juga turut dimasukkan ke dalam adunan tepung pasta. Tepung ini akan dibentuk dengan pelbagai bentuk, maka timbullah nama seperti makaroni, angel hair, elbow, bow, spageti dan beratus-ratus lagi bentuk dan perisa.  

Wednesday, March 20, 2013

Keselamatan Di Utamakan




Langkah-langkah keselamatan





Cara Hulurkan Pisau



Credit to Encik Saiful Azhar Bin Mahat Kassim, tutor amali Penyediaan Makanan Barat VER3066... 

p/s: jangan tiru perkara-perkara yang berbahaya di dalam video ini.. 

Terima Kasih

Monday, March 18, 2013

Mirepoix, Roux, Bourquet Grani dan Sachet

Cara membuat mirepoix

bahan-bahan:
bawang besar, saleri dan lobak merah

* nisbahnya ialah ( 2:1:1)
bawang besar 2
saleri 1
lobak merah 1


Cara membuat roux

Bahan-bahan:
   50g      Marjerin/mentega
50g      Tepung gandum

* nisbahnya ialah ( 1:1)

Cara-cara :
1.      Cairkan lemak dalam periuk di atas api yang perlahan.

2.      Tambahkan tepung dan kacau sehingga menjadi roux.

3.    Angkat roux dari dapur dan biarkan sejuk.      

Cara membuat bourquet grani

bahan-bahan : 
batang leek, batang saleri. batang thyme dan daun bay

peralatan:
tali

cara-cara: 

1) Masukkan thyme ke  dalam batang lik.
  

   2) Bungkus thyme dengan batang lik supaya tidak jatuh.

             
  3) Selitkan daun bay dan kemaskan dengan batang saleri.


4) Ikat dengan tali.


5) Siap bourquet grani


Cara membuat sachet

bahan-bahan:
daun bay, thyme, lada putih, batang pasli dan bunga cengkih

peralatan:
tali dan kain maslin

cara-cara:
1) Gunting kain maslin mengikut saiz yang sesuai.

 2) Masukkan kesemua bahan kedalam kain maslin.


3) Ikat menjadi seperti sup bunjut.

sachet siap

Saturday, March 16, 2013

Fillet Ikan dan Debone Ayam

 Assalamualaikum.....hhaiii... berjumpa lagi kita pada minggu ini....Tema kita pada minggu ini ialah STOCK, THICKENING AGENT AND SAUCE.....tp sebelum tu kami nak ajar tuan-tuan dan  puan-puan macam mana nak fillet ikan dan debone ayam...jom kita lihat satu persatu langkah penyediaannya.

FILLET IKAN

1.      Bersihkan ikan dan letakkan di atas papan pemotong

  
       
2.      Gunakan chef knife atau paring knife. Potong bahagian bawah sirip ikan secara melintang
  
             
3.      Potong di sepanjang garisan tulang belakang ikan sehingga ke ekor.

4.      Masukkan mata pisau di bawah sirip ikan dengan condong 25˚. Potong sehingga ke ekor 
 untuk asingkan isi ikan dengan tulang 
      
5.      Untuk asingkan kulit dengan isi, potong sedikit bahagian ekornya. Susup pisau antara isi 
dengan kulitnya sambil menarik kulit ikan.condong mata pisau juga adalah 25˚.
 
        
6.      Buang perut ikan dan tulang jika ada.
                          
7.      Bentukkannya supaya cantik dan kemas.
fillet ikan
        
DEBONE AYAM


1.      Toreh ayam betul-betul diatas tulang ayam bermula dari atas paha hingga ke hujung paha.
 Pastikan anda menggunakan pisau yang tajam  ataupun paring knife.

   

2.      Apabila nampak tulang, kikis isi ayam yang masih terlekat pada tulang ayam
sehingga  tulang tercabut daripada isi.

3.      Buang tulang sehingga ke pangkal peha ayam yang sudah tercabut 
daripada isi ayam tersebut.


           
ok...untuk malam ini Adamas stop dl yer...byak lagi nak bagitau nih...tp pinggang dan
sakit2..hhuhuhu...kita sambung esok pulak yer...ni br intro dia , x masuk lagi kepada
tema masakan kita minggu ini...heheheh......ketemu lagi kita pada esok hari..
.assalamualaikum...(^_^)